Liverpool tewas 0-1 di tangan Southampton

05/01/2021 01:05 PM

ANKARA, 5 Jan — Liverpool dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Isnin lalu, sekali gus menggugat kedudukan sebagai pendahulu liga,lapor Agensi Anadolu.

Bekas penyerang Liverpool, Danny Ings menjaringkan gol pada minit kedua dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium St Mary’s, memberikan kemenangan tipis kepada Southampton. Ini adalah gol Ings ke-50 untuk Liga Perdana.

Liverpool, mendahului takhta liga dengan 33 mata menerusi 17 perlawanan, kekal di puncak liga hanya dengan perbezaan gol.

Sementara Southampton, berada di tangga keenam dengan 29 mata.

Manchester United (MU) di tempat kedua memperoleh 33 mata dalam 16 perlawanan dan berpeluang menggugat kedudukan The Red Devils. MU akan bertemu Liverpool di Burnley pada 12 Januari. Pada 17 Januari, pula MU akan bertandang ke Stadium Anfield.

Tidak ketinggalan dalam persaingan pendahulu liga ialah Leicester City yang kini di kedudukan ketiga dengan 32 mata menerusi 17 perlawanan.

Tottenham Hotspur, Manchester City, Southampton dan Everton – masing-masing mempunyai 29 mata.

Leave a Reply

%d bloggers like this: