3,360 askar Armenia maut ketika pertempuran di Nagorno-Karabakh

05/01/2021 01:02 PM

YEREVAN, 5 Jan — Seramai 3,360 anggota tentera Armenia maut dalam pertempuran yang meletus di Nagorno-Karabakh dari 27 September hingga 9 November, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Dari awal peperangan hingga hari ini, pemeriksaan forensik telah dilakukan terhadap mayat dan lebih 2,500 pemeriksaan genetik telah dilakukan," tulis Menteri Kesihatan Armenia, Arsen Torosyan di Facebook.

Pada akhir September 2020, pertempuran kembali meletus di Nagorno-Karabakh. Selepas beberapa usaha gencatan senjata dilakukan akhirnya pada 10 November 2020 satu perjanjian damai disepakati dengan Moscow selaku orang tengah.

Azerbaijan dan Armenia sepakat menghentikan pertempuran dan menukar tahanan serta menyerahkan mayat. Yerevan juga menyerahkan semula daerah Kalbajar, Lachin dan Agdam kepada Baku. Pasukan pengaman Rusia turut ditempatkan di wilayah itu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: