Hasil kutipan filem sempena cuti Tahun Baru di China pecah rekod

04/01/2021 03:32 PM

BEIJING, 4 Jan — Pasaran filem China mencatat kutipan jualan tiket sebanyak RMB1.3 bilion (RM800 juta) dalam tempoh tiga hari sepanjang cuti tahun baru 2021, sekali gus memecah rekod jualan terlaris berbanding tempoh sama beberapa tahun sebelum ini.

Filem-filem bermutu tinggi yang ditawarkan dikatakan menjadi satu daripada faktor utama menyumbang kepada prestasi itu.

"A Little Red Flower", meskipun sebuah filem mengetengahkan tema berat iaitu mengenai pertarungan melawan penyakit barah, namun cara penyampaiannya yang santai dan menyentuh perasaan, menjadikan filem itu paling popular dengan kutipan tiket mencecah RMB700 juta (RM430 juta) setakat Ahad.

Selain itu, promosi meluas untuk filem-filem yang bakal ditayangkan semasa cuti Tahun Baru Cina (TBC) juga menarik minat penonton.

"The Rescue", filem menceritakan kisah Pasukan Penyelamat Marin China, yang sepatutnya dijadual ditayangkan pada Tahun Baru Cina 2020, namun ditangguhkan kerana penularan wabak COVID-19. Filem ini turut menjadi satu lagi pilihan hangat penonton.

Sejak awal tahun lalu, filem terbitan tempatan kian mendapat tempat di hati penonton di China, berbanding filem import.

Ia sekali gus mencerminkan peningkatan ketara kualiti filem-filem domestik, yang berjaya menarik semakin ramai penonton.

Leave a Reply

%d bloggers like this: