FIZO OMAR SAHKAN BEKAS ISTERI & ANAK POSITIF COVID-19

"Assalamualaikum semua. Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya Wan Maryam, dan bekas isteri sya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

"Syukur Alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan Alhamdulillah keputusannya adalah negative.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kpd semua front liners yg terlibat bertungkus lumus untuk "berperang" dgn Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.

"Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi cabaran Covid-19 ini. #kitajgakita #terimakasihfrontliners #covid_19," demikianlah tulis pelakon dan pengacara Fizo Omar yang mengesahkan bekas isteri, Mwar Karim dan anaknya, Wan Maryam positif Covid-19.

Sejak semalam, perkongsian di Insta Story bekas isteri Fizo menjadi bualan netizen apabila usahawan tudung itu memuat naik posting seolah memberi gambaran dia dan anaknya dijangkiti Covid-19.

Malah, menerusi satu entri, Mawar berkata dia dan anaknya perlu kuat melawan virus berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan mereka.

Dalam posting itu, Mawar turut menggunakan tanda pagar Covid-19, Covid dan Covid Fighters sebagai semangat untuk dirinya serta anak yang berusia tiga tahun.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, Mawar sempat mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang membantunya serta turut memuat naik gambarnya dipercayai dijemput oleh pihak hospital yang datang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE)

Diruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan agar Mawar dan Maryam segera sembuh dipermudahkan urusan serta kuat menempuh dugaan tersebut.

Sementara itu, Fizo turut berdoa dan berharap Mawar dan anaknya terus kuat: "Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh," katanya.

Untuk makluman, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: