Banjir: Empat sekeluarga termasuk wanita sarat mengandung diselamatkan guna helikopter

03/01/2021 10:19 PM

KLUANG, 3 Jan — Empat sekeluarga di daerah ini termasuk seorang wanita sarat mengandung antara mangsa banjir yang diselamatkan menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Menurut jurucakap JBPM Negeri Johor, selain operasi menyelamat terbabit, pihaknya turut menghantar bekalan makanan kepada mereka yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang.

Katanya, helikopter jenis Agusta AW139 itu tiba di SMK Sembrong pada 1.16 tengah hari untuk operasi pertama dengan penerbangan misi membawa bekalan makanan dilakukan pada 3.10 petang untuk ke SMK Kahang.

“Operasi kedua pula membabitkan misi menyelamatkan seorang wanita yang sarat mengandung dari Ladang Sungai Tawing ke SMK Sembrong pada 4 petang.

“Wanita terbabit dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang dengan menggunakan ambulans, sebelum helikopter itu kemudian meneruskan penghantaran bekalan makanan dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.39 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: