INDIVIDU MOHON MAAF FITNAH – PU RIZ MAAFKAN: “SAYA TAHU BERATNYA DOSA MEMFITNAH”

Individu dikenali sebagai Syamira Safiya menerusi Twitter dan Instagram (IG) miliknya telah tampil membuat permohonan maaf atas dakwaan menyebarkan fitnah mengenai Noor Neelofa dan juga PU Riz baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut, Syamira mengakui mengeluarkan kenyataan di Twitter dan pelbagai platform media sosial lain tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu. Syamira berkata dia menarik balik semua kenyataan dibuat terhadap Neelofa.

Syamira juga menegaskan bahawa dia tidak berniat jahat ketika menulis kenyataan itu sekali gus kesal dengan tindakannya. Dalam masa sama, Syamira berkata permohonan maaf itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.

"Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020. Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar.

"Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka. Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka. Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej dari aplikasi WhatsApp berkenaan hubungan Neelofa dan PU Riz serta beberapa perkara.

Terdahulu, media melaporkan Neelofa menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya sudah berkahwin di Kelantan, terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Selepas permohonan maaf kepada Neelofa, Syamira menerusi rakaman video turut memohon maaf kepada PU Riz. Syamira berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan. Saya sangat menyesal dengan fitnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya," katanya.

Image_3.jpg

Enggan isu ini terus berpanjangan, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, mengambil pendekatan memaafkan individu yang sudah memfitnah diri dan keluarganya di media sosial minggu lalu. Riz ketika dihubungi berkata, dia bersama keluarga sudah berbincang dan memutuskan perkara itu.

"Apabila dia tampil meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama, saya dan keluarga beranggapan dia sudah sedar dengan kesilapan dan tindakan itu. Jadi, kami maafkan apa yang sudah dibuat.

"Saya memaafkan dia kerana saya tahu beratnya dosa memfitnah. Saya tidak mahu susah di akhirat, dan saya nak masuk syurga tanpa hisab. Saya juga memohon supaya tidak ada lagi perkara berbangkit selepas ini. Dia sudah minta maaf dan saya sekeluarga sudah maafkan. Insya Allah, kehidupan kita akan dipermudahkan Allah SWT," katanya.

Mengenai hubungan pasangan itu, ia akan terjawab selepas keluarga kedua belah pihak mencari titik penyelesaian sama seperi kenyataan rasmi Neelofa yang diedarkan kepada media, minggu lalu.

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: