China longgar akses pelaburan asing

03/01/2021 02:55 PM

BEIJING, 3 Jan — Pada 31 Disember lalu, China mengumumkan senarai negatif (Edisi 2020) bagi akses pelaburan asing di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2021.

Menurut senarai dikeluarkan bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) dan Kementerian Perdagangan China itu, bilangan item yang terkandung dalam senarai Edisi 2020 kali ini dikurangkan kepada 27 berbanding 30 sebelum ini.

Pengurangan bagi akses pelaburan asing di Zon Perdagangan Perintis Hainan itu bertujuan meningkatkan tahap keterbukaan di pelabuhan perdagangan bebas itu .

Ia juga memperlihatkan negara ini akan menyediakan suasana lebih terbuka dalam sektor utama seperti telekomunikasi dan pendidikan, perkhidmatan perniagaan melibatkan kaunseling dan kaji selidik, di samping memudahkan akses pasaran dalam bidang industri pembuatan serta perlombongan.

Sementara itu, pegawai NDRC memaklumkan, pihaknya akan terus mengurangkan bilangan item dalam senarai negatif itu pada masa depan bagi meningkatkan liberalisasi dan pemudahan pelaburan di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: