NAFIZ MUAZ KINI SELAMAT BERGELAR SUAMI SELEPAS 2 KALI TERTANGGUH

"Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos lalu tapi ditangguhkan ke Disember gara-gara Covid-19, namun ada kekangan lain pula. Akhirnya saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal ini dan nekad memilih tanggal 2 Januari 2020 sebagai saksi hari bersejarah.

"Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian yang melanda dunia ini," demikianlah kata pelakon Nafiz Muaz, 22, yang kini sah bergelar suami kepada ahli perniagaan iaitu Diyana Omar, 29, pada kira-kira 11.33 pagi, Sabtu, selepas dua kali terpaksa menundakan tarikh pernikahan.

Nafiz berkata perancangan awal mereka sepatutnya bernikah pada Ogos lalu dan ditunda ke Disember namun tetap tidak dapat diadakan berikutan pandemik Covid-19 serta beberapa faktor lain. Pasangan ini bagaimanapun nekad mengambil keputusan mengadakan juga majlis tersebut dan memilih tarikh 2 Januari sebagai hari bahagia mereka.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dengan sekali lafaz, pasangan yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dengan disaksikan kira-kira 100 orang tetamu. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis perkahwinan mereka.

Aktor yang digilap bakat menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis’ ini memberitahu dia memilih Diyana kerana sangat memahami dirinya dan terbuka berkongsi banyak perkara.

"Lebih utama dia sangat memahami saya. Kami masing masing terbuka dalam banyak perkara. Insya-Allah kami akan sama sama melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini," ujarnya.

Menurut pemilik nama Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir ini, mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari manakala majlis bertandang akan diadakan di Sungai Petani pada Februari depan.

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: