Pemandu treler maut kemalangan tiga lori

31/12/2020 01:09 PM

SEREMBAN, 31 Dis — Seorang lelaki maut selepas lori treler yang dipandunya terbabit kemalangan dengan dua lori lain di Km273.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata dalam kejadian 6.37 pagi itu, mangsa yang berusia 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila lori membawa muatan tar yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah treler membawa baja sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori kontena bermuatan barangan plastik di lorong paling kiri lebuh raya, katanya dalam kenyataan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dua lagi lori berusia 40 dan 50 tahun tidak mengalami kecederaan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

%d bloggers like this: