Kanak-kanak lelaki dua tahun terperangkap dalam kereta di Muar


Photo Credit FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

31/12/2020 02:10 AM

JOHOR BAHRU, 30 Dis — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terperangkap di dalam sebuah kereta berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Sulaiman, Kampung Parit Baru dekat Muar petang tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata dalam kejadian yang dilaporkan pada kira-kira 4.33 petang itu, Muhammad Ammar Najwan Ahmad Kamal dipercayai sedang tidur di dalam kereta jenis Nissan X-Trail.

"Satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan dua Unit Rapid Intervention Motorcycle Team (RIM) dari Muar dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

"Kita dapati kanak-kanak itu terjaga dan terkunci dari dalam. Sebelum itu, emaknya pergi ke kedai berhampiran kerana anaknya tidur, bila sampai ke kereta kembali, anaknya terjaga dan pintu terkunci dipercayai tertekan oleh anaknya," kata beliau ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas dan berada dalam keadaan baik.

Mangsa kemudian diserahkan kepada ibu bapanya dan operasi menyelamat tamat pada 4.49 petang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: