Kapasiti Medan Minyak Changqing cecah 60 juta tan

28/12/2020 04:12 PM

BEIJING, 28 Dis — Kapasiti pengeluaran medan minyak Changqing, China mencecah 60 juta tan setahun.

Angka ini menduduki seperenam daripada jumlah keseluruhan keluaran minyak dan gas asli di China.

Ini menjadikan Medan MinyakChangqing, medan minyak terbesar di negara ini.

Terletak di Lembangan Tarim Erdos, Medan Minyak Changqing telah menyumbang 760 juta tan minyak dan gas asli kepada bandar-bandar di seluruh China.

Untuk rekod, sebagai pangkalan pengeluaran gas asli terbesar di China, medan itu membekalkan gas asli kepada lebih 50 bandar di negara ini, dengan keluaran mencatat 44.5 bilion meter padu setahun.

Leave a Reply

%d bloggers like this: