Individu sebar cerita Neelofa disihir, nikah senyap-senyap dicari

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Individu yang menyebarkan dakwaan di media sosial yang mengatakan selebriti popular Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah bernikah secara senyap-senyap di Kelantan dicari.

Pembantu peribadi bekas pengacara MeleTOP itu meminta bantuan warga maya mencari seorang wanita bernama Syamira Safiya yang menyebarkan dakwaan sehingga mencalarkan imej Neelofa.

“Kami memohon bantuan awam untuk mencari dan menjejak wanita ini untuk membantu kami.

“Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat, anda boleh mesej saya secara peribadi,” catat Nadiah Khairuddin.

Wanita terbabit menjadi individu yang bertanggungkawab menyebarkan dakwaan kononnya Neelofa sedang berubat akibat disihir, dan memindahkan wang RM100,000 kepada pendakwah bebas PU Riz.

Wanita itu mendakwa maklumat diperolehinya daripada individu yang bekerja rapat dengan usahawan itu.

Image

Neelofa malam semalam tampil menafikan semua dakwaan-dakwaan itu dan meminta orang ramai segera berhenti menyebarkan perkara yang tidak benar tentang dirinya.

Mengulas tentang hubungannya dengan PU Riz, Neelofa berkata keluarga kedua-dua belah pihak sedang mencari “titik penyelesaian”.

Neelofa dikatakan dirisik keluarga PU Riz pada November lalu dalam satu majlis tertutup dan merancang untuk berkahwin Mac tahun depan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: