SCHA ELINNEA NAFI CACAH ‘TATU’, TAPI PALSU: “IA HANYA SEKADAR SUKA-SUKA”

Nama pelakon Scha Elinnea selalu menjadi perhatian gara-gara penampilannya yang dilihat sering tampil seksi. Nampaknya pelakon drama ‘Voice Note’ itu sekali lagi ‘menghangatkan’ warganet di laman Instagram apabila muat naik gambar memaparkan dirinya mempunyai ‘tatu’ di bahagian badan. Scha ketika dihubungi berkata, tatu itu adalah tatu palsu yang dibeli dalam talian.

"Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun.

"Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu," katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Selain komen yang mempersoalkan tindakan Scha itu, sebaliknya kebanyakan peminat memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu. Hantaran itu mendapat lebih 24,000 tanda suka dan lebih 240 komen.

Dalam perkembangan lain, Scha terbabit dalam penggambaran drama ‘Sitiktok’ dan ‘Hatimu Sedingin Salju’ selain bakal muncul dalam drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ untuk tayangan TV3.

Leave a Reply

%d bloggers like this: