MV LAGU BARU ‘PARAH’ – NETIZEN TEGUR BUSANA AYDA JEBAT

Penyanyi Ayda Jebat yang muncul dengan lagu baru berjudul ‘Parah’ itu telah berkongsi rangka promosi lagu tersebut menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, netizen tampil mengkritik kerana video tersebut telah memperlihatkan artis genit itu memakai pakaian yang terlalu seksi dan tidak sesuai dipandang.

Lagu ‘Parah’ itu difahamkan telah boleh didengari sejak minggu lalu dan kini hanya menanti waktu untuk video muziknya dilancarkan secara rasmi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ayda Jebat sebelum ini telah memuat naik beberapa klip video pendek sebagai promosi sebelum ianya dilancarkan secara rasmi di Instagram miliknya. Dalam video tersebut telah memaparkan beberapa wanita berpakaian menjolok mata dan seksi.

Berikutan itu, netizen telah tampil menegur baju dres pendek paras atas lutut berwarna emas yang dipakai Ayda kerana bagi mereka ianya tidak sesuai dan seksi.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat telah tampil memberikan komen dan merasakan bahawa Ayda sepatutnya lebih bijak dalam memilih busana. Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar tunang kepada Nabil Mahir itu diberikan hidayah dan berubah menjadi insan yang lebih baik.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: