“JANGAN BUAT SESUATU SAMPAI ORANG KECAM AKU” – WANI COMEL AKUI TIDAK PUNYAI FB

"Facebook ini bukan saya punya. Saya tak pegang pun Facebook. Saya hanya pakai Instagram. Saya tengok ramai yang kecam. Apa agenda dia? Ambil video dan kemudian muat naik semula di Facebook yang bukan milik saya.

"Untuk pengetahuan, ini bukan Faceebook saya, saya pakai Instagram. Selain @wanicomel20, adalah akaun palsu," demikianlah kata Wani Comel memaklumkan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial lain selain Instagram yang menggunakan nama @wanicomel20.

Perkara tersebut dimaklumkan Wani berikutan terdapat pihak yang didakwa cuba memperdaya orang ramai dengan menggunakan kandungan dan status yang sama di Instagram miliknya di Facebook. Menurut Wani atau lebih dikesalkan, akaun yang menggunakan namanya itu juga didapati penuh dengan cercaan daripada netizen.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Saya tengok ramai je yang mengecam. Apa motif ya ambil gambar dan video saya lepas tu muat naik di Facebook sedangkan ini bukan Facebook saya. Kalau tak ada kerja, pergi cari kerja lain. Janganlah buat sesuatu benda itu sampai orang kecam aku. Walhal aku tak tahu apa-apa pun, bukan media sosial aku. Boleh tahan orang yang kecam aku di Facebook," luahnya.

Pada masa sama, Wani turut meminta pihak berkenaan untuk berhenti daripada terus memperdaya orang ramai: "Minta tolong ya, hentikan semua ni. ramai DM (mesej secara peribadi) beritahu pasal handphone itu," pintanya.

Terdahulu, Wani mencuri perhatian umum selepas terpalit isu dakwaannya menjadi mangsa penganiayaan seorang usahawan kosmetik berkaitan komestik berkaitan satu produk kurus.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: