China bina 580,000 stesen pangkalan 5G tahun ini

25/12/2020 03:26 PM

BEIJING, 25 Dis — China menyaksikan kemajuan pesat dalam pembangunan rangkaian 5G apabila jumlah stesen pangkalan 5G yang dibina pada 2020 dilaporkan mencecah 580,000 buah.

Jurucakap Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) , Wen Ku pada sidang akhbar, Khamis berkata sasaran diletakkan China pada awal tahun ini telah tercapai dengan kawasan liputan 5G meliputi semua bandar di negara ini.

Menurut Wen Ku, jumlah pengguna 5G juga semakin meningkat dengan jumlah peranti terminal yang disambungkan ke rangkaian telah melebihi 200 juta.

Jelas Wen, jumlah telefon bimbit 5G yang dijual di pasaran domestik mecatat 144 juta dalam tempoh 11 bulan tahun ini, iaitu mencakupi 51.4 peratus daripada keseluruhan penjualan.

Dalam pekembangan lain, MIIT memberi jaminan untuk terus komited mendorong pembangunan rangkaian 5G.

Menurut kementerian itu, ia bukan sahaja untuk meningkatkan jumlah pelanggan dan kawasan liputan, malah turut menyediakan perkhidmatan mengikut kehendak pengguna bagi membina rangkaian 5G berkualiti tinggi.

Di samping itu, pihaknya juga berazam memperkasa inovasi teknologi, mendorong pembangunan, penyelidikan dan ujian teknologi 5G, selain meningkatkan daya sokongan infrastruktur industri, mempercepat proses penetapan piawaian baharu agar teknologi 5G diguna pakai dengan lebih meluas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: