MICHAEL ANG BERANG LAMARAN KAMAL ADLI DIPERSOAL: “BINA MASJID BUKANNYA AJAK MAKSIAT”

"Tak tengok ke program live tu, Kamal cakap dia dah minta kebenaran daripada keluarga Uqasha (untuk melamar). Bagi saya momen itu macam sweet la, sekurang-kurangnya dia ajak Uqasha bina masjid bukannya ajak buat maksiat!" demikian kata pengarah dan pelakon Michael Ang menerusi satu video yang dimuat nik di laman Instagram miliknya.

Michael atau lebih mesra disapa Mike tampil membidas teguran yang diberikan Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan berhubung isu lamaran terbuka pelakon Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose yang disiarkan secara langsung menerusi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), malam Ahad lalu.

Menurut Michael dia tidak memahami kenapa pendakwah tersebut membantah perbuatan Kamal kerana menurutnya ia adalah suatu momen manis yang bakal dikenang oleh pasangan itu.

Michael berkata demikian susulan reaksi PU Rahmat yang menyatakan budaya lamaran secara terbuka perlu dihapuskan kerana ia boleh mendatangkan rasa serba salah kepada wanita serta boleh mendatangkan aib kepada lelaki sekiranya lamaran ditolak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu Pengarah ‘Perempuan Tanpa Dosa’ berkenaan juga menganggap segelintir pendakwah gemar bersikap pilih bulu dalam memberikan teguran serta menyifatkan tindakan mereka seperti mahu menumpang populariti golongan selebriti.

"Saya tak fahamlah dengan PU-PU ini semua, bila bab artis sahaja mereka laju nak beri komen… sebab apa kalau komen artis cepat sikit mereka jadi popular. Kalau ada isu yang melibatkan rakan seangkatan, mereka tahu pula diam sahaja. Kenapa ya?" ujarnya.

Sebelum ini Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Uqasha Senrose ketika siaran langsung AME 2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin. Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian sejak mereka digandingkan dalam drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ tahun lalu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: