LEBIH 10 BULAN ASHRAF PERGI – BCL BELUM TERFIKIR UNTUK KAHWIN LAGI

"Sampai sekarang? Belum," demikianlah jawapan ringkas penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL, 37, yang mengakui dia tidak terfikir langsung untuk berkahwin lagi selepas kematian suaminya, pelakon Ashraf Sinclair, lebih sepuluh bulan yang lalu.

Terdahulu, BCL menjawab pertanyaan itu yang diajukan penyanyi Maia Estianty pada satu temu bual untuk program AL El Dul Channel di platform YouTube.

Menurut penyanyi lagu Sunny itu, terlalu sukar untuk dia mengembalikan semangat diri dan menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada. Hakikatnya, BCL akui dia mengambil masa lebih enam bulan untuk mendapat kekuatan dirinya semula dan kembali bekerja seperti biasa.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Sejak dari hari pertama menjalani terapi memulihkan diri, setiap hari saya menangis. Kemudian, baru rasa diri kembali berfungsi. Itupun selepas lima atau enam bulan. Barulah saya berupaya melakukan sesuatu, terutama kembali bekerja," katanya.

BCL juga mengakui dirinya ibarat robot tanpa perasaan, ketika terpaksa menjayakan beberapa tuntutan kerja beberapa hari selepas Ashraf meninggal dunia.

"Beberapa hari selepas itu, saya sudah kembali menyanyi, kemudian hadir ke Indonesian Idol. Sepuluh hari, saya menyanyi terus dan rasa diri seperti robot sahaja," tuturnya.

Image_3.jpg

BCL bagaimanapun, kini bersyukur semangatnya makin pulih dan kesedihan dialami juga berkurangan: "Perkara pertama yang paling penting sekarang adalah untuk dapat terus bernafas. Kalau boleh bernafas, boleh bercakap, kemudian boleh jumpa orang," katanya.

Pada 18 Februari lalu, dunia hiburan tempatan dan Indonesia dikejutkan dengan berita kematian Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balunya, BCL dan anak lelaki tunggal mereka, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun. BCL dan Allahyarham Asyraf bernikah pada 2008.

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: