“DOKTOR SAHKAN SAYA ALAMI BELL’S PALSY” – ADIBAH NOOR

Jika sebelum ini, pelakon Faye Kusairi mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy ketika sedang mengandung anak kedua, terkini penyanyi dan pelakon Adibah Noor turut disahkan mengalami penyakit yang sama yang menyerang bahagian muka sebelah kiri sejak tiga minggu lalu. Adibah ketika dihubungi berkata, buat masa sekarang dia menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.

"Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor. Jadi saya pun pergi ‘shooting ‘ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit.

"Saya punya huruf T pun menjadi macam terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih ‘shooting’, jadi saya tak dapat pergi hospital. Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar.

Klik untuk gambar besar

"Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan saya alami Bell’s Palsy. Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri. Jadi, sejak tiga mggu lalu, saya setiap hari pergi buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal. Sebab Alhamdulillah, ada lah juga orang panggil ‘shooting’. Saya tak nak lah muka senget," katanya.

Penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu berkata, selepas menjalani 10 sesi rawatan terdapat banyak perubahan dan berharap keadaanya segera pulih seperti biasa.

"Selepas tiga minggu ada perubahan ketara. Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walupun ada banyak perubahan.

"Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterap di wajah.

"Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan. Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah," tuturnya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: