RAJA AFIQ BERANG BILA PANGGILAN MANJA ‘ABEN’ KEPADA ISTERI DIPERSENDA

Baru-baru ini terdapat netizen yang didakwa cuba mempersendakan panggilan manja pelakon Raja Afiq yang membahasakan dirinya ‘Aben’ kepada isterinya, Soffwany Yusoff.

Dek kerana itu, Raja Afiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, telah meluahkan rasa berang dan berkata individu tersebut bertindak keterlaluan apabila cuba mempersoalkan panggilan manjanya itu dengan seekor babun.

"Mulut memang tak ada insuran, tapi janganlah cakap pakai sedap mulut sahaja. Jangan ingat kita tak ada undang-undang. Sudah pasti saya akan buat laporan sebab kali ini memang dah hilang sabar. Jom buat laporan @soffwany_yusoff," tulisnya.

Terdahulu, terdapat netizen yang meninggalkan komen yang seolah-olah mengejek panggilan manjanya kepada isteri: "Teraben-aben si taun kau dek" – Aben ke babun?" komen individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Komen ejekan berkenaan ditinggalkan pada satu hantaran sempena ulang tahun pasangan ini yang sudah masuk bulan ketiga selepas mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu.

"Pejam celik dah tiga bulan kita kahwin. Love you much isteri. Terima kasih sebab masih lagi terima kekurangan Aben ni. Sayang isteri Aben sangat. Semoga tahun depan kita mendapat banyak rezeki amin," coret Afiq.

Perkongsian Afiq itu kemudian menerima pelbgai respon dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata memintanya untuk menyerahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

"Boleh buat saman malu kalau macam ni bang. Orang punya gelaran sebagai suami & isteri dia buat main macam tu," komen salah seorang peminatnya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: