TMJ TITIP NASIHAT ASYRAF KHALID BUAT NETIZEN TERSENTUH

Sebut sahaja nama Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau juga lebih dikenali dengan gelaran TMJ (Tunku Mahkota Johor) pasti ramai yang mengenali kerana beliau sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat di Malaysia.

Aktif di media sosial, putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah itu tidak lokek berkongsikan aktiviti harian baginda kepada umum.

Melihatkan foto di media sosial, ramai yang mengimpikan kehidupan seperti TMJ. Malah, setiap perkongsian TMJ turut memberikan inspirasi ramai untuk mengikut jejak langkah menjadi seorang yang berjaya.

Menjadikan TMJ sebagai inspirasi, anak tiri kepada penyayi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid baru-baru ini ada meninggalkan komen di salah satu posting TMJ.

Apa yang menjadi perhatian, TMJ dilihat membalas komen anak Datuk K itu dengan menitipkan nasihat ‘mendalam’ sekaligus membuatkan netizen memuji sikap rendah diri Tunku Mahkota Johor itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menerusi komen itu, TMJ berkata meskipun hidup serba kemewahan namun baginda mengingatkan bahawa kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan daripada Allah. TMJ turut mengingatkan agar sentiasa bersyukur dan sentiasa melakukan kebaikan.

"Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Apabila saya telah tiada di muka bumi ini, tiada satu pun boleh saya bawa ke kubur apabila tiba masanya. Saya lihat kekayaan saya sebagai ujian dari Allah.

"Sama ada saya mengingati Allah atau tidak, adakah saya masih bersedekah dan menolong orang miskin, yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan kebaikan. Hakikatnya, wang adalah sekadar sehelai kertas. Jiwa yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia," katanya.

Komen TMJ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan tidak hairanlah baginda disenangi rakyat dan pengikut di media sosial kerana sikap rendah diri dan sifat kepimpinannya yang berjiwa rakyat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: