“ADIK WANI COMEL, KUATKAN SEMANGAT… JANGAN BACA KECAMAN NERAKAZERS!” – AZWAN ALI

Selebriti serba boleh, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah bertemu dengan gadis yang mempunyai masalah obesiti iaitu Wani Comel, baru-baru ini. Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva Aa tampil memuat naik sebuah video dan berkongsi swa-foto di laman Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, jelas kedengaran Azwan Ali sempat menitipkan kata semangat kepada Wani selepas dia menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen. Bukan itu sahaja, Azwan Ali turut menyifatkan Wani sebagai seorang wanita yang kuat semangat dan cekal mengharungi ujian kehidupan.

"ADIK WANI COMEL, PEMALU, PENDIAM, KUAT SENYUM, SEMANGAT NYA CUKUP KUAT, DGN WAJAH SYURGA, YG TERANIAYA ! OHHH TUHANNNNN …… WALAUPON SESEKALI ADIK WANI COMEL KUAT TERMENUNG !

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"YG PTG ADIK WANI COMEL, FANATIK DIVA AA ! #TqqqALLAH. TEMUKAN DIVA AA VS ADIK WANI COMEL ! APA IG ADIK WANI COMEL ? #BESTcomments, TAG HER DAPAT RM200, TC APPLIES.

"DIVA AA SEMPAT TITIP NASIHAT. TO ADIK WANI COMEL, KUAT KAN SEMANGAT ! FIRM ON, ALL EVIDENCE TAU ! BE STRONG ! JGN BACA KECAMAN NERAKAZENS ! INSHA ALLAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT SAYANGGGG," tulis Azwan Ali.

Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, telah menjadi perhatian netizen selepas berlaku beberapa konflik permasalahan bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: