Penyiasat AS berjaya kesan ancaman siber pada peringkat awal

17/12/2020 01:06 PM

WASHINGTON, 17 Dis — Serangan siber ke atas agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) masih pada peringkat awal, lapor Agensi Berita Sputnik memetik kenyataan bersama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur ( CISA) dan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional (ODNI).

"Sejak beberapa hari lalu, FBI, CISA, dan ODNI telah mengesan ada gerakan ketara yang sedang mengancam keselamatan siber. Sejajar Arahan Dasar Presiden (PPD) 41, FBI, CISA, dan ODNI telah membentuk Kumpulan Koordinasi Bersama Siber (UCG) untuk menyelaraskan tindak balas kerajaan terhadap ancaman siber ini.

“UCG bertujuan menyelaraskan usaha setiap agensi ini ketika mereka melaksanakan tugas berasingan.

“Kami sedang berusaha untuk memahami sejauh mana kesan ancaman ini dan ia masih disiasat. Kami tahu ia telah menjejaskan rangkaian kerajaan persekutuan," menurut kenyataan itu pada Rabu.

"Sebagai peneraju gerakan ini, FBI sedang menyiasat dan mengumpulkan maklumat untuk mengait, memburu dan menyekat dalang ancaman ini. FBI menyiasat mereka yang menjadi mangsa atau disyaki menjadi mangsa dan segala maklumat yang diperoleh akan diselaras dengan agensi lain untuk tindakan lanjut, " jelas kenyataan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: