DULU KURANG DIKENALI – KINI RAMAI KENAL DA’I SYED TERMASUK MAKCIK KANTIN

Sebelum ini pendakwah selebriti, Da’i Syed kurang dikenali ramai namun kini namanya naik sehingga dirinya menjadi lebih terkenal selepas terkait kontroversi dakwaan merogol. Perkara itu turut diakui pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut Aizat, orang ramai kini lebih mengenali pendakwah berkenaan susulan kontroversi tersebut sehinggakan makcik kantin juga turut kenal siapa Da’i Syed.

Aizat turut berkata, apa yang terjadi kepada Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memberikan hikmah tersendiri.

"Diakui kontroversi yang melanda sedikit sebanyak menaikkan nama dan lagu nyanyian Syed. Kalau dulu memang ramai tak kenal, tapi sekarang berbeza. Makcik kantin di mahkamah pun sudah kenal dia.

"Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh menggunakan peluang itu untuk berdakwah dan berkongsi perkara kebaikan," katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ditanya mengenai kerjaya nyanyian Da’i Syed, pengurusnya berkata pihak pengurusan sudah ada perancangan terbaru untuknya namun ia bergantung kepada kesediaan dan emosi pendakwah itu.

"Buat masa ini tengok keadaan emosi dia dulu. Cuma, pihak pengurusan memang sudah ada perancangan untuk dia, tapi perlu memastikan dia betul betul bersedia dan bersemangat untuk kembali aktif," ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Da’i Syed dibebaskan selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Peguam bela selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya dilunaskan oleh abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut Syed Amirul, kegagalan anak guamnya membayar ikat jamin selepas didakwa di kedua-dua mahkamah berkenaan pada 10 Disember lalu menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: