KES CABUL PELAKON – YOUTUBER BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS SELEPAS 3 HARI DIREMAN

Selepas direman pada Khamis lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang wanita berusia 24 tahun, seorang Youtuber telah pun dibebaskan dengan jaminan polis, semalam. Lelaki berusia 22 tahun itu sebelum ini direman tiga hari sebelum dibebaskan, namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu: "Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang Youtuber ditahan polis dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Kubang Kerian awal Ogos lalu. Lelaki berkenaan ditahan selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada 10 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama Youtube awal Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

"Kejadian berlaku pada pagi 1 Ogos lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pelakon dalam drama terbabit," katanya.

Terdahulu, Majistret, Kamarul Hasyime Rosli mengeluarkan perintah reman tersebut terhadap suspek, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati, mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkannya untuk berlakon sebuah drama di Youtube. Mangsa diperkenalkan kepada suspek dan kemudian ditawarkan berlakon dalam drama berkenaan.

Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani.

Leave a Reply

%d bloggers like this: