HAMIL 8 BULAN – MAWAR RASHID BAKAL TIMANG BABY GIRL, LENGKAP SEPASANG

Pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan dia dan suaminya iaitu pelakon Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan, setelah beberapa hari berteka-teki di laman Instagram.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkongsi berita gembira itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube pada Isnin.

Menerusi video berdurasi hampir 4 minit itu memperlihatkan majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pelakon berusia 25 tahun itu bersama ahli keluarga dan rakan rapatnya pada Ahad.

Tetamu mula bersorak apabila Mawar dan suaminya meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu menandakan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam ucapannya, pelakon telefilem ‘Penaklukan Syaitan’ itu turut mendoakan pasangan suami isteri yang masih menunggu dikurniakan zuriat dan rakannya yang belum bertemu jodoh diberikan rezeki itu.

"Yang sedang menunggu (pasangan suami isteri), saya doakan agar dikurniakan zuriat dan yang belum kahwin saya doakan supaya kahwin cepat-cepat," kata Mawar.

Sebelum ini, Mawar yang juga adik ipar kepada Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu memuat naik kapsyen mengenai teka-teki jantina anak keduanya di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mawar ketika dihubungi sebelum ini memberitahu dia kini mahu memberi tumpuan kepada kandungannya yang sudah mencecah lapan bulan.

Image_3.jpg

"Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit. Saya sendiri dah tak larat macam awal kehamilan. Dah rasa berat nak bawa perut tapi Alhamdulillah saya okay.

"Sekarang saya fokus pada bayi dalam kandungan sebab sebelum ini asyik sibuk dengan menguruskan perniagaan produk Mawarose. Tak lama lagi nak bersalin, saya dah kena buat persediaan mental dan fizikal serta barang baby," ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

Image_22.jpg

Image_23.jpg

Image_24.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: