Cliff Umar jawab isu tatu, dua isteri


CLIFF UMAR

PETALING JAYA – Belum reda kehangatan menggenggam kejuaraan dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) malam tadi, penyanyi Cliff Umar terus disambar kontroversi.

Tidak cukup dengan ucapan kemenangan ‘panas’ yang dikecam seperti tidak menghormati prosedur operasi standard (SOP) apabila melantunkan ayat ‘SOP is irritating’, Cliff, 38, terpaksa membuat penjelasan mengenai isu tatu di bahagian badannya walaupun sudah memeluk Islam sejak 14 tahun lalu.

“Rasanya saya sudah jawab isu itu dalam episod GV7 sebelum ini. Atas nasihat seorang ustaz, mereka kata tak perlu buang tatu ini.

“Sebab kalau buang memudaratkan. Bukan saya tidak pernah mencuba untuk buang tatu. Memang pernah tetapi memang susah dan amat menyakitkan,” katanya kepada Kosmo! Online malam tadi.

Cliff atau nama penuhnya, Abdullah Umar Joseph Abdullah yang juga merupakan vokalis kumpulan Projek Pistol juga dihambat persoalan berhubung status dirinya yang dikatakan mempunyai dua orang isteri.

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Boy Clifford itu menegaskan, dia hanya mempunyai seorang isteri namun masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isterinya yang diceraikan empat tahun lalu.

“Begini sebenarnya, saya hanya ada seorang isteri namun masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri.

“Dengan bekas isteri kami mempunyai tiga orang anak bersama. Isteri yang sekarang kami ada seorang anak. Saya dan bekas isteri kekalkan hubungan baik demi anak-anak,” katanya.

Cliff mendedahkan, dia sudah bercerai dengan isteri pertamanya Zurini Abdullah, seorang bekas pramugari pada 2016 dan berkahwin semula dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya pada 2017.

– K! ONLINE

#CLIFFUMAR

Leave a Reply

%d bloggers like this: