COVID-19 di AS kini ragut 300,000 nyawa

NEW YORK, 15 Dis — Amerika Syarikat (AS) melalui episod mengerikan apabila jumlah korban COVID-19 mencatatkan seramai 300,267 orang pada Isnin, dengan keseluruhan jangkitan kes sebanyak 16.3 juta, memetik data Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

New York melaporkan 35,643 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan korban diikuti Texas 24,414.

California, Florida dan New Jersey pula merekodkan lebih 17,000 kematian.

Negeri yang melaporkan korban melebihi 10,000 termasuk Illinois, Pennsylvania, Massachusetts, Michigan dan Georgia.

AS diramalkan akan mencatatkan jumlah korban seramai 502,256 orang menjelang 1 April 2021, berdasarkan unjuran semasa.

Leave a Reply

%d bloggers like this: