DOKTOR TEGUR BCL, LAKUKAN SENDIRI SWAB TEST COVID-19 TERHADAP RAKANNYA

Penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari baru-baru ini telah menerima kritikan apabila melakukan sendiri ujian saringan Covid-19 terhadap rakannya, Vidi Aldiano tanpa bantuan petugas kesihatan.

Menurut laporan Lifestyle.okezone, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ itu tidak mempunyai kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan sendiri ujian saringan tersebut.

Menjawab isu tersebut, seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i tampil menjelaskan ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan,” kata doktor tersebut.

Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair itu meletakkan syarat untuk sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: