AZHAN RANI TERKILAN FOTONYA DIGUNAKAN SEWENANGNYA: “NAMPAKKAN SEDIKIT ETIKA ANDA”

"Saya okay saja nak kaitkan dengan watak atau drama ‘Nur’ dengan kisah-kisah macam ini (rogol). Tapi, sebagai wakil media yang kuat juga pengaruh di media sosial, alangkah bagus kalau nampakkan sedikit sopan dan beretika anda.

"Sudahlah gambar itu dari IG (Instagram) saya, kredit tidak, apa pun tidak, lepas itu sesuka hati tak letakkan pun penerangan sekadar gambar hiasan atau apa.

"Kamu nak sangatkah saya merogol orang?" demikianlah tulis pelakon Azhan Rani, 44, yang terkilan dengan etika sesetengah pengamal media yang menggunakan gambarnya tanpa penerangan terperinci untuk laporan berita mengenai jenayah rogol.

Azhan yang popular menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama ‘Nur’ berkata, dia tidak kisah pun wataknya itu dikaitkan dengan berita sebegitu namun tidak setuju gambarnya digunakan sewenangnya.

Klik untuk gamba besar

Image_2.jpg

Azhan juga mengakui dia sendiri pun pernah belajar mengenai etika penggunaan bahan gambar dalam penulisan media: "Walaupun saya pelakon, tapi pernah juga ambil subjek minor komunikasi massa ketika belajar dulu. Mestilah ada etikanya, supaya ada beza penulisan orang media arus perdana, portal, warganet, dan orang cetek ilmu macam saya ini.

"Tapi kalau macam ini cara kamu tulis cerita, saya terfikir daripada editor (pengarang) sampai penulis kat portal semua itu yang kerja, budak WeChat sajakah?" katanya.

Terdahulu, Azhan memuat naik tangkap skrin sebuah portal menggunakan gambarnya untuk satu laporan berita jenayah rogol. Dia mengakui awalnya malas mengutarakan isu itu, namun memutuskan untuk bersuara juga bagi pihak dirinya.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: