RISAU KEADAAN ELYANA MAKIN SUSUT – NETIZEN KONGSI TIPS TAMBAH SELERA MAKAN

“Setiap hari saya struggle (susah) nak makan disebabkan oleh masalah selera. Tapi, nak hidup perlu makan okay,” demikianlah kata penyanyi dan pelakon Elyana menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Elyana yang menhidap kansr limfoma tahap 4 mengakui dirinya kini mengalami masalah selera makan. Situasi itu secara tidak langsung memberi kesan kepada bentuk badannya yang kelihatan agak kusut.

Luahan Elyana itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata netizen bimbang dengan keadaan pelantun lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu sekiranya berterusan sebegitu. Dek kerana itu, ramai yang kemudian tampil memberikan saranan kepadanya mengenai cara membangkitkan semula selera makannya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Dear sis yang super strong woman, makan buah mangga masak dan pisang banyak-banyak bagi buka selera makan,” komen seorang peminatnya. -“Cuba makan makanan segar dan ambil buah dan sayur dengan banyak,” pesan seorang netizen. – “Minum susu untuk tenaga. Makan sahaja apa yang selera nak makan,” kongsi warganet yang lain.

Bahkan, ada juga yang menasihati Elyana untuk ‘paksa’ diri untuk makan: “Tolong cuba juga makan dan terus kuat semoga anda boleh mulakan kemoterapi. Jika anda tidak boleh makan sekali gus, makan sikit-sikit tetapi kerap,” pesan seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar Elyana segera sembuh seperti sediakala. Terdahulu, menerusi laporan sebuah akhbar, Elyana memaklumkan bahawa sel-sel kanser yang ada pada badannya sudah merebak ke bahagian lain termasuklah hati, rahim dan pengkal paha.

Image_3.jpg

Ekoran tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan, Elyana yang kini seberat 40 kilogram sahaja terpaksa menangguhkan proses kemoterapinya.

Difahamkan, kali terakhir Elyana menjalani kemoterapi pada 2016. Sebelum ini, Elyana mendedahkan mengenai penyakitnya yang sudah dialami sejak 10 tahun itu selepas tersingkir pada minggu kelima Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: