KELUAR HOSPITAL – M DAUD KILAU MASIH KURANG SELERA MAKAN, PERLU REHAT

Raja Gelek Malaysia Datuk M Daud Kilau, 82, yang menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN), Oktober lalu itu sudah dibenarkan keluar hospital tetapi masih memerlukan rehat.

Daud berkata, dia dibenarkan keluar hospital pada 3 Disember lalu dan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, di sini, keesokannya. Menurutnya, keadaannya kini beransur pulih, namun mengakui dia sudah tidak sihat seperti sebelum ini dan masih kurang selera makan.

"Alhamdulillah, saya sudah keluar hospital tapi masih memerlukan rehat.Begini sajalah saya, masih memerlukan rehat dan akan ke IJN pada 18 hari bulan (Disember) ini untuk temu janji dengan doktor. Saya juga mahu berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan saya juga mendoakan kalian semua," tuturnya ketika dihubungi, hari ini.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Beliau berkata, kakinya selalu kebas dan dia juga tidak berdaya berjalan sendiri tanpa bantuan dan perlu dipimpin: "Boleh dikatakan setiap hari, 80 peratus saya hanya berbaring saja, cuma bangun untuk mandi dan solat," katanya yang mengakui sangat merindui peminatnya.

Sementara itu, anaknya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 49, berkata, keadaan bapanya semakin baik selepas mendapatkan rawatan di IJN: "Ayah kurang selera makan dan (setakat ini) dia sudah tidak sesak nafas," jelasnya.

Daud sebelumini dilaporkan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di IJN selepas penyanyi lagu hit Sirih Pinang itu dilaporkan sesak nafas, bulan lalu.

M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau yang turut terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: