GENAP 3 BULAN SANDRA PERGI – IBU BERI AMARAN KEPADA PIHAK CUBA ‘HACK’ IG ARWAH ANAKNYA

"Berkenaan IG arwah, pihak waris dah dapat balik dah akaun IG arwah, jangan ada sesiapa yang cuba-cuba nak hack akaun IG tu sebab waris akan dapat notifikasi jika ada individu yang tamak sangat nak ambil akaun IG arwah.

"Mohon sedar diri and get a life! Arwah berusaha kumpul pengikut daripada mula bertapak dan mencipta nama dalam dunia seni, lepas arwah dah tiada barulah follower mencanak naik.

"Jangan bagi ketara sangat yang korang batak sangat dengan follower arwah, usahalah kumpul sendiri, jangan tamak sangat hak orang lain, lagi-lagi orang dah tiada," katanya menerusi laman Facebook.

"Jangan lupa warisnya masih ada untuk lindungi semua milik arwah dan jangan fikir teknologi yang ada sekarang ini tak boleh nak cari korang sampai lubang cacing.

"Korang buat sekali lagi, siap sedialah tunggu polis angkut depan rumah korang… terpaksa berkasar bahasa, sebab orang batak macam korang ni tak boleh bagi bahasa indah-indah," demikianlah kata ibu kepada penyanyi Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Syakinah mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan cubaan menggodam Instagram (IG) arwah anaknya itu, baru-baru ini. Kesal dengan tindakan tersebut, Syakinah memberi amaran keras dan meminta individu berkenaan tidak bersikap mementingkan diri dengan mengambil hak orang lain.

Hasil carian di Instagram mendapati akaun Sandra Dianne Official itu masih aktif dan memiliki lebih 95,000 pengikut. Dalam pada itu, Syakinah memberitahu dia tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika masih ada cubaan menggodam akaun anaknya itu lagi.

Meskipun sudah genap tiga bulan pemergian anak tersayang, Syakinah berkata dia masih belum mampu melupakan kenangan indah bersama arwah. Syakinah turut mendedahkan dia masih lagi menyimpan bungkusan barangan yang diterima selepas seminggu kehilangan Sandra. Kata Syakinah, dia tidak sanggup untuk membuka bungkusan tersebut dan mahu ia menjadi kenangan selama-lamanya.

"Kurier barang atas nama kakak… kisahnya, seminggu selepas kakak pergi, mama balik ke rumah kita, mama buka pintu je mama nampak bungkusan ni. Tengok-tengok rupanya milik kakak, mama tak pasti bila kakak buat pesanan barang ini.

Image_3.jpg

"Mama ambil mama peluk erat-erat dan air mata mama deras mengalir dalam esak tangis yang tak mampu mama bendung. Dalam esak tangis mama merintih… barang kakak sampai ni, tapi kakak dah tak ada.

"Maka sehingga hari ini, mama tak sanggup nak buka bungkusan ni, sengaja mama biar begitu… meski mama teringin sangat nak tau apa isi bungkusan ini. Tak apalah, biarlah ia kekal begitu," katanya.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Leave a Reply

%d bloggers like this: