“BUKAN MEMILIH… TAPI MACAM PANGKAT BAPA…” – ASHIRA DEDAH TERIMA BANYAK MESEJ DUDA

“Ramai DM saya di Facebook dan Instagram..ada yang mesej cakap kita sama-sama janda dan duda, terus terang tanya saya nak apa dan ajak kahwin. Siap ada yang beri nombor telefon dan nak jumpa untuk kenal-kenal. Memang banyak mesej macam itu saya terima, tapi saya tak balas, hanya baca sahaja.

“Tapi sempatlah tengok profil mereka dan kebanyakan ialah lelaki lebih berusia. Bukan memilih tau.. tapi ada antara mereka dengan saya ibarat macam pangkat bapa dengan bapa,” demikianlah kata penyanyi Ashira yang mendedahkan dia banyak menerima mesej daripada peminat yang menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai isteri.

Menurut Ashira, kebanyakan individu yang menghantar pesanan berikut terdiri daripada warga emas dan duda malah ada juga yang ‘berani’ menghantar nombor peribadi dan merayu untuk berjumpa secara berhadapan dengan dirinya.

Ashira yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga namun berakhir dengan penceraian pada tahun 2015 yang lalu turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 14 tahun.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dia dalam pada itu sempat ditanyakan mengenai keinginan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, namun Ashira mengakui hatinya belum terbuka untuk berkahwin dan mencari pengganti yang baru.

Mungkin disebabkan bujang terlalu lama dan mempunyai anak yang menjadi peneman hati sehingga kini, Ashira walau bagaimanapun tidak memilih tentang kriteria yang perlu ada dan hanya berserah pada ketentuan Ilahi.

Perkembangan terkini, selain sedang mempersiapkan diri untuk pusingan akhir program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bakal berlangsung pada Ahad ini, Ashira berkata dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyi selepas tamatnya program itu.

“InsyaAllah, selepas berakhirnya GV7 nanti saya akan keluarkan single terbaru, Sekurang-kurangnya dapatlah mengubati kerinduan peminat yang menyokong saya sejak dahulu,” tutur Ashira.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: