Warga emas OKU maut dalam kebakaran

10/12/2020 10:30 PM

KUANTAN, 10 Dis — Seorang warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Lorong Jalan Tok Minah, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Peramu Mohd Hirman Omar berkata mayat Mohd Lazim Mat Nor, 63, ditemukan di biliknya di rumah setingkat itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.30 pagi tadi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit bersama 15 anggota dan pegawai serta tiga jentera.

“Ketika kejadian adik lelaki mangsa dan isterinya keluar ke bandar Pekan dan mangsa hanya tinggal seorang diri di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat, katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: