MP BERSATU SENTAP, PADAM STATUS FACEBOOK

Mas Ermieyatie Padam Posting Facebook Kena ‘Bedal’ Dengan Netizen

Mas Ermieyatie

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyatie memadam satu posting dalam facebook beliau selepas di kecam teruk netizen. Beliau menulis dalam statusnya berkaitan isu di Perak serta menggambarkan PPBM sentiasa beralah kepada Umno.

Netizen yang berang dengan penulisan tersebut mula membanjiri ruangan komen dan mengingatkan Mas kemenangan beliau di Masjid Tanah bukan atas tiket PPBM tetapi kerana ketika itu beliau bertanding atas tiket Umno/BN. Pada ketika kemenangan itu, Mas masih Ketua Puteri Umno Malaysia. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas selepas Tengku Razaleigh tewas dalam pemilihan Umno.

Mas Ermieyatie

Carian berkaitan tulisan Mas Ermieyatie sudah tidak dapat dijumpai dalam facebook beliau dan dipercayai telah dipadamkan kerana serangan netizan termasuk dari Melaka.

Suasana politik di Perak panas selepas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tewas dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak. Kemelut pelantikan Menteri Besar Perak yang baru bagi menggantikan Dato Seri Faizal Azumu berlarutan sehingga diselesaikan melalui pertemuan 3 Presiden Parti petang tadi dan bersetuju menamakan Adun Kota Tampan, Dato Saarani Mohammad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Leave a Reply

%d bloggers like this: