AISHAH LUAH GERAM NORANIZA IDRIS DIKUTUK: “MACAM DIA PANDAI SANGAT TENTANG MUZIK…”

“Allahuakbar, seminggu dua ini saya mengharungi cabaran kecaman di alam maya, rupanya teman duet final GV7 nanti juga mengalami nasib yang sama. Saya pula yang geram membaca komen-komen ini. Komen-komen negatif daripada orang yang macam dia pandai sangat tentang muzik dan seni suara, tapi hakikatnya orang-orang ini sendiri kalau kita letak atas pentas hampir pasti akan barai persembahannya.

“Lagi ada hati nak komen dan tuduh macam-macam. Komen berapi-rapi, emosi dan buka ruang untuk orang lain kecam,” kata penyanyi Aishah menerusi satu hantaran di laman Instagram yang meluahkan rasa terkejut apabila penyanyi Noraniza Idris turut menerima nasib yang sama dengan dirinya apabila persembahan nyanyiannya dikecam netizen.

Menurut Aishah, dia terkilan apabila terdapat individu yang mengkritik nyanyian penyanyi berkenaan lagaknya mengalahkan mereka yang benar-benar arif dalam bidang seni suara.

Terdahulu, persembahan nyanyian Noraniza Idris di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menerima pelbagai respons dalam kalangan penonton sehingga ada yang mempertikaikan persembahannya pada minggu lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Jelasnya lagi, setiap orang juga mempunyai cita rasa tersendiri dalam muzik dan seni suara yang tidak perlu diperlekehkan sekalipun ia bertentangan dengan selera diri.

“Ya Allah, ini program hiburanlah, chill skit dan beradab boleh tak? Kalau kita tak suka suara seseorang, itu cita rasa masing-masing, dah selera kau macam tu, okaylah..tapi perlu ke nak kecam? Tak rasa rugi ke nanti? Berbaloi ke hilang pahala amalan kita kerana tidak menjaga kata-kata kita untuk program hiburan?

“Tak suka tak apa, tapi beradablah sikit. Orang yang diumpat tu ada suami, ada anak-anak, ada keluarga. Tak suka, pergilah toilet ke, makan ke apa ke masa dia menyanyi. Kalau tak pun, tutup saja televisyen tu atau tukar saluran,” ujarnya.

Image_3.jpg

Jelasnya lagi, hanya mereka yang pernah menyertai program realiti itu sahaja yang faham betapa mencabarnya untuk meneruskan perjuanagan setiap minggu.

“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang. Yang tak pernah lalui takkan tahu. Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing (hentam) karyawan kita sendiri.

“Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun macam Tok Ram kata macam’hauk’, tapi orang kita agung-agungkan. Hormatilah bakat-bakat insan yang kita ada, carilah kebaikan setiap orang tu, kerana kita pun sempurna sangat ke?

“Sila muhasabah diri. Jangan kita muflis pahala di padang mahsyar disebabkan dosa yang mengalir,” pesan Aishah yang sebelum ini juga berdepan kritikan apabila nyanyiannya dalam satu program hiburan menjadi pertikaian warganet.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: