Peguam Negara AS William Barr mungkin letak jawatan sebelum akhir Januari

 

 

MOSCOW, 7 Dis — Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) William Barr mungkin akan melepaskan jawatannya sebelum 20 Januari, lapor agensi berita Sputnik.

Barr juga dikatakan akan mengumumkan pengundurannya sebelum akhir tahun ini, menurut The New York Times (NYT) pada Ahad memetik sumber.

Peguam negara itu dikatakan sedang mempertimbangkan hasratnya untuk berundur sejak beberapa minggu lalu.

Namun, terdapat laporan mengatakan Barr kemungkinan akan mengekalkan jawatan itu selepas 20 Januari.

Jika beliau memutuskan untuk berundur sebelum akhir Januari, tugasnya akan diambil alih Timbalan Peguam Negara AS Jeffrey A. Rosen.

NYT dalam laporan berasingan mengatakan Presiden Donald Trump tidak campur tangan dalam perkara itu.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: