Beras Vietnam antara terbaik dunia pada 2020

07/12/2020 11:55 AM

HANOI, 7 Dis — Beras ST25 Vietnam memenangi tempat kedua pertandingan terbaik dunia 2020, yang berlangsung sempena Persidangan Beras Sedunia ke-12 di Amerika Syarikat dari 1 hingga 3 Disember.

Jasmine 105 Thailand di tempat pertama dan beras Kemboja di kedudukan ketiga, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) pada Isnin.

Dikatakan ST25 adalah beras yang dikembangkan oleh sekumpulan tiga pakar di wilayah Delta Mekong, Soc Trang. Pada edisi 2019 di Manila, ST25 merangkul tempat pertama.

Leave a Reply

%d bloggers like this: