SHAHIDA YAKIN ALIFF SYUKRI JADI MANGSA ‘TIKAM BELAKANG’ DEK TERLALU BAIK

Berhubung pelbagai isu dan kontroversi yang timbul membabitkan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini, Datin Seri Nur Shahidah memberitahu dia mengambil iktibar atas semuanya itu.

Menurut Shahida, apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar. Meskipun berdepan dengan pelbagai isu panas, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ia ujian dari Allah.

“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi… bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang. Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!” katanya membalas komen salah serang pengikut di laman Instagram.

Dalam komen tersebut, netizen meminta Shahidah lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak: “Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan Datin. Tolong jangan jadi baik sangat lepas ni… sedih tengok lepas satu-satu,” tulis pengikut itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, nama Aliff Syukri tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan pelbagai isu hangat. Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Dalam sidang media pada Jumaat, Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.

Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu. Difahamkan satu sidang media akan diadakan oleh usahawan kosmetik itu pada Isnin ini.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: