COVID-19: Pengerusi NAM hargai usaha WHO


Azerbaijani President Ilham Aliyev (Photo: -/KREMLIN/dpa)

04/12/2020 10:52 PM

BAKU, 4 Dis — Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menyuarakan penghargaan terhadap langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggunakan pangkalan data pertubuhan itu sebagai rujukan mengenal pasti keperluan negara anggota dalam menangani COVID-19.

Pengerusinya, Ilham Aliyev berkata Mei lalu, NAM menganjurkan Sidang Kemuncak dengan tema Bersatu Menentang COVID-19 bagi membantu usaha global menangani kesan pendemik selain mencari jalan terbaik menyediakan bantuan segera, bersesuaian dan inklusif.

“Hasil sidang maya itu, NAM memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Petugas dan menyusun pangkalan data terhadap permintaan dan keperluan asas kemanusiaan serta perubatan anggota NAM dalam memerangi COVID-19,” katanya yang juga Presiden Azerbaijan.

Ucapan Presiden Aliyev dibuat dalam format video semasa Sesi Khas Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Tindak Balas Pandemik COVID-19, di New York, yang berakhir hari ini. Ucapan itu disediakan Agensi Berita Azerbaijan, AZERTAC.

Aliyev berkata NAM turut menegaskan pentingnya akses terhadap ubat-ubatan, vaksin dan peralatan perubatan.

“Ketika banyak vaksin terhadap COVID-19 sedang dikaji, kami menantikan hasil percubaan klinikal yang berjaya dan berharap vaksin yang selamat dan berkesan akan segera tersedia.

“Vaksin dianggap sebagai keperluan awam global pada harga yang berpatutan untuk semua,” katanya.

Aliyev berkata, NAM menghargai usaha koordinasi WHO dalam proses ini dan menekankan pentingnya pertubuhan ini dalam memudahkan akses yang adil untuk semua penduduk dunia, apabila ia tersedia kelak.

Leave a Reply

%d bloggers like this: