China serah bantuan kepada Palestin

05/12/2020 04:04 PM

BEIJING, 5 Dis — China menyerahkan sumbangan kepada Palestin dan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) bagi membantu usaha membendung wabak COVID-19.

Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan dengan termeterainya surat perakuan oleh Ketua Pengarah Pejabat Perwakilan China di Palestin, Guo Wei dan Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini secara dalam talian pada 2 Disember.

Hua berkata, China akan terus menghulurkan bantuan semampu yang mungkin kepada Palestin untuk membantu usaha memerangi wabak COVID-19, di samping terus menyokong PBB.

Ia juga sebagai tanda sokongan berterusan Beijing untuk penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh dan adil serta mewujudkan keamanan yang berkekalan di Asia Barat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: