Siapa Gadai Muafakat PN di Perak?

 

Yesterday, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu lost a motion of confidence vote that was tabled against him at the state legislative assembly. — Picture by Farhan Najib

SEDIH bila baru sekarang Peja bangkitkan isu gadai muafakat PN. Namun apa yang pasti ini merupakan “isyarat” yang perlu dipandang dengan lebih teliti oleh kerajaan Muhyiddin memandangkan keadaan sangat tidak stabil. Hati semua pihak perlu dijaga. Tindakan semborono tidak dialu-alukan.

Menteri Besar sementara Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata setiap parti mempunyai kehendak masing-masing namun mereka kadang-kadang perlu berkorban untuk mewujudkan kerajaan stabil.

Bersatu sendiri, katanya, mahu seberapa banyak jawatan dalam kerajaan untuk parti mereka dan keadaan sama berlaku pada dua lagi parti lain dalam kerajaan iaitu PAS dan Umno.

Bagaimanapun katanya keutamaan sekarang ialah menubuhkan kerajaan yang stabil dan dalam keadaan begitu parti terbabit perlu bekorban

“Maka kehendak itu kadang-kadang perlu kita korbankan untuk bekerjasama dalam sebuah kerajaan yang stabil,” katanya.

Sebelum ini Umno Malaysia membuat kenyataan yang meminta agar semua barisan exco Perak dikekalkan walaupun selepas sebahagian daripada mereka menggagalkan usul undi percaya terhadap Adun Chenderiang berkenaan semalam.

Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

“Semua exco kerajaan negeri juga mesti diteruskan. Umno juga berpendirian bahawa Bersatu dan PAS harus mendukung kerajaan PN Perak,” katanya semalam.

PAS setakat ini mengesahkan mereka tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak, selaras dengan tindakan tiga Adun parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Ahmad Faizal.

Diminta mengulas kenyataan Umno itu Ahmad Faizal sebaliknya bertanya apakah itu yang sebenarnya dikehendaki Umno.

“Apakah itu satu keperluan yang mendesak sehingga perlu kita menggadaikan apa juga prinsip permuafakatan yg telah kita bina melalui PN?

“Jadi tepuk dada tanya sendiri,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan cek sumbangan peruntukan kepada sekolah SUWA (sekolah persendirian Cina) di Pejabat Menteri Besar di Ipoh pagi tadi.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu berkata parti itu akan mempertimbangkan kepentingan rakan-rakan mereka dalam PN sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan kerajaan negeri.

Dia juga meminta pihak pembangkang supaya tidak mengganggu pentadbiran kerajaan negeri kerana mendakwa mereka sudah “memperolehi apa yang ingini”.

“Nasihat saya kepada pembangkang, you got what you want already (kamu dah dapat apa yang kamu mahukan),” katanya.

Para pengkritik politik melihat kenyataan Peja ini sebagai alasan yang cuba menidakkan kelemahan dan kesilapan beliau sendiri. Peja yang sepatutnya “tepuk dada tanya sendiri”.

Leave a Reply

%d bloggers like this: