KRISIS BARU DALAM PPBM, SIAPA AKAN TERTELAN LIDAH?

“Jumpa Di Sri Satria” – Peja Bakal TPM, Siapa Tertelan Lidah?

Peja Azumu

Menteri Besar Perak, Dato Seri Faizal Azumu membuat ramai terpinga dengan ungkapan “Jumpa di Sri Satria” selepas mengakhiri sidang media khas petang tadi.

Sri Satria seperti semua maklum adalah kediaman rasmi bagi Timbalan Perdana Menteri. Faizal Azumu atau lebih glamour dengan panggilan ‘Peja’ kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak semalam apabila hanya mendapat 10 sokongan daripada 59 ADUN Perak.

Peja Sedih Tapi Gembira?

Ungkapan Peja ini menimbulkan tandatanya adakah beliau sebenarnya ‘MERAIKAN’ kejatuhannya sebagai Menteri Besar Perak dan bersedia untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang tanpa bertanding jawatan tersebut selepas saingannya Dato Paduka Mukhriz Mahathir dipecat daripada PPBM kerana krisis dalaman parti tersebut yang turut menyaksikan Tun Mahathir kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Persoalannya adakah Peja layak menjadi TPM kerana belum berpengalaman sebagai Menteri di mana-mana Kementerian dan tidak dilantik sebagai Menteri Kanan dalam kabinet. Seperti mana diketahui, Azmin Ali adalah Menteri Kanan yang menerima mandat untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin jika diperlukan. Beliau juga kini merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional selepas menyertai PPBM bersama 9 lagi ahli PKR. Kekuatan Peja juga belum teruji di peringkat nasional dan ini akan menjadi perdebatan samada beliau akan dilantik sebagai TPM kerana kedudukan dalam parti atau kerana kemampuannya menjadi orang nombor 2 Muhyiddin.

Jika benar Peja ke Sri Satria, adakah beliau akan turut menjadi Menteri Kanan dan akan diwujudkan sebuah lagi Kementerian baru bagi memberi tempat untuk Peja menunjukkan kebolehannya dan layak untuk menjadi TPM?

Azmin Akan Kemana?

Apa pula pandangan 9 bekas PKR yang kini diberikan jawatan dalam kabinet kerana menyokong Muhyiddin ketika krisis peralihan Pakatan Harapan? Adakah mereka akan turut memberi sokongan kepada Peja dan sekadar menjadi ‘Kuda Tunggangan’ PPBM sehingga habis penggal? Sudah pasti kemasukan mereka dalam kabinet menimbulkan ketidakselesaan ramai ahli PPBM cuma mereka enggan menyuarakan kerana menghormati Presiden parti tetapi siapa tahu apa yang terbungkam dalam hati mereka.

Dilemma PPBM kini akan tertumpu kepada krisis yang akan mereka hadapi selepas Muhyiddin tidak lagi menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Siapa yang akan menggantikan tempat Presiden dan susunatur parti yang lain selain mengekalkan penguasaan PPBM dalam Perikatan Nasional?

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: