“KERJALAH ADIK WANI SAYANG OII…” – ALIFF SYUKRI BAKAL JAWAB TUDUHAN WANI YANG DIDAKWA DITIPU

Seorang gadis yang sebelum ini menjadi perhatian iaitu Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim telah mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan, menerusi satu sidang media yang diadakan olehnya semalam.

“Cerita asalnya saya jatuh. pada tahun 2017 masa tu saya demam. Saya bangun nak ke bilik air saya dah tak boleh bangun dah. Sejak daripada tu saya tak boleh berjalan hingga 2019.

“Lepas hari raya 2019 saya bertemu dengan wakil daripada syarikat kosmetik tu. Saya nak betulkan kat sini, bukan saya yang cari mereka, tapi mereka yang cari saya. Mereka tahu pasal saya melalui akhbar Sinar Harian,” jelasnya.

Menurut Wani, dia telah didatangi usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

“Selepas buat pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak. Tetapi saya tak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut,” kata Wani dalam sidang media bersama peguamnya siang tadi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani pembedahan bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.

“Segala rekod kesihatan selepas saya menjalani pembedahan dipegang pihak usahawan tersebut dan saya tak tahu status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan, tapi saya tak terima apa-apa bantuan pun. Saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas terlibat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” tuturnya.

Pada sidang media itu, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

Image_3.jpg

“Saya telah dimarahi hanya kerana telah menerima bantuan daripada pihak lain. Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikecam dan dicaci netizen dengan tuduhan tidak berasas. Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” ujarnya.

Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menuntut pampasan dan habuan yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani. Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.

Sementara itu dalam dua entri yang dimuat naik ke Instagram miliknya, Datuk Sri Aliff Syukri seperti sudah mengagak dengan apa yang berlaku di sidang media. Menurut Aliff Syukri, dia menyimpan segala bukti sejak hari pertama dia bertemu dengan Wani.

“Alhamdulillah. Saya tunggu-tunggu juga akhirnya hari ni berlaku. Saya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa beliau. Tunggu penjelasan saya Isnin nanti jam 2 petang. ikut hati nak jawab juga hari ni tapi tak ada persediaan dari segi masa biar anda sendiri menilai dan kami tahu siapakah punca perkara ini,” tulis Aliff.

Image_4.jpg

Tambah Aliff, dia akan menjawap semua persoalan dengan segala maklumat yang ada di dalam perjanjian tersebut. Dia juga memohon supaya semua orang mendengar dari kedua-dua belah pihak.

“Jangan pernah melupakan mereka yang peduli dengan kamu ketika kamu susah, serta jangan melupakan orang yang sudah membantumu bahkan ketika kamu tiada yang mahu membantu”,” tulis Alif Syukri lagi.

Beberapa jam kemudian, Aliff Syukir memuat naik satu lagi entri di Instagram miliknya seperti menyambung kembali apa yang diperkatakan olehnya sebelum itu.

“Saya dah lama bagitau dalam Facebook saya yang saya buat bariatic pada @wani.chomel atas nasihat Dr. Saya siap post pada tarikh 19 ogos 2019 (doctor tu pun posting).

“Saya sertakan screenshot dari google dan gambar @wani.chomel di hospital. Benda dah lama kenapa la baru nak cerita. Ketinggalan ke awak. Lain kali nak kenakan orang research habis-habis okay. Jangan separuh jalan,” tulis Aliff pada entri tersebut.

Image_5.jpg

Tambahnya lagi, dia hanya berkongsi sedikit cerita sahaja daripada kisah sepenuhnya kerana segalanya akan didedahkan pada hari Isnin nanti seperti yang dijanjikan.

“Nak tau details semua voice dan agg (perjanjian) kita tunggu Isnin ni dan apa tindakan yg bakal saya ambil kepada mereka yg tak habis-habis ambil kesempatan utk menjatuhkan saya. penatlah layan orang-orang ni. Saya nak niaga tau, saya tak kacau orang.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii. Dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?” tulis Aliff lagi.

Menurut Aliff lagi, sepanjang rawatan kesemua kos ditanggung olehnya termasuklah membayar pelatih terapi kaki, makan serta tempat tinggal. Aliff memberitahu dia akan mendedahkan semuanya pada hari Isnin nanti, jam 2:00 petang tetapi belum berkongsi di mana ianya akan dilakukan.

“Seposen pun tak minta duit awak adik Wani. Jadi jangan menangguk di air yang keruh (kita lihat siapa yg kena saman). Dan rasa yee korang tau kot siapa cucuk si @wani.chomel ni kann. Korang rasa siapa?” tulis Aliff.

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: