DINI NAFI PUTUS DENGAN JANNA NICK, AKUI MASIH BERSAMA & BAHAGIA

“Kami masih bersama dan bahagia,” demikian jelas pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann yang menafikan hubungan cinta dengan Janna Nick, sudah berakhir.

Dini berkata, dia dan Janna masih bersama, malah ketika ini, mereka digandingkan dalam drama arahan Micheal Ang: “Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, ‘Marry Me Senorita’ nukilan Suri Ryana.

“Sudah lebih tiga minggu penggambaran drama ini berlangsung. Ini kali pertama saya digandingkan sebagai teraju utama dengan Janna,” tuturnya.

Dini mengaku kurang berkongsi foto bersama Janna di laman sosial: “Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kecaman. Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya,” ujarnya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada ini juga menafikan menerima tawaran Michael selepas dipengaruhi Janna.

“Saya hadir sesi uji bakat. Karakter dan watak yang saya lakonkan sebagai pemain tenis berdarah campuran bernama Isa Alejandro membuatkan saya jatuh hati.

Image_3.jpg

“Watak dilakonkan berbeza kerana Isa yang berdarah campuran Melayu-Sepanyol sangat berlagak,” katanya yang sering melakonkan watak pemuda baik.

Tambah Dini, biarpun berlakon bersama, dia dan Janna meletakkan paksi profesional di tangga teratas. Dini yang sudah dua tahun menceburi dunia lakonan cuba membina nama dengan sebaik mungkin.

“Bakat Janna sangat bagus. Janna tidak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat,” tutur Dini yang turut ditanya mengenai perancangan berkahwin dan mengaku fokusnya lebih kepada mencari rezeki dan mengukuhkan nama sebagai pelakon.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: