Azmin Ali Pengkhianat Jitu Dalam Politik?

Dalam sebuah kajian tidak lama sebelum ini yang mendapati Azmin merupakan pemimpin politik paling dibenci sebenarnya adalah suatu hukuman terhadap pengkhiatannya itu.

Bagi kebanyakan orang, sesuai dengan sifatnya sebagai pengkhianat itu, bukan saja beliau tidak harus lagi dipedulikan, bahkan kata-katanya juga tidak wajar lagi diberi apa-apa reaksi.

Kata yang lebih sadis, pengkhianat tetap pengkhianat dan kata-katanya tidak lebih seumpama sampah yang memualkan. Tetapi, apabila Azmin mendedahkan tentang asal-usul penubuhan Perikatan Nasional (PN) serta tujuan ia ditubuhkan, mahu tidak mahu, ia adalah fakta kebenaran yang harus diakui.

Menurut Azmin, idea penubuhan PN adalah datang daripada Tun Mahathir dengan tujuan untuk menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang disokong oleh semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan pada ketika itu.

Azmin dipetik wawancara khas menerusi The Star berkata, penubuhan PN pada mulanya bertujuan untuk menjadikan Mahathir seorang PM yang disokong oleh semua ahli Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Gombak itu memberitahu satu akaun berkanun (SD) merangkumi 131 sokongan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti disampaikan ke Istana Negara menamakan hanya Mahathir untuk jawatan PM.

SD yang disertai enam ketua parti politik itu muncul sebelum Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Salehudin berkata, beliau ketika itu berada Di hotel Sheraton dan dimaklumkan bahawa SD yang dikumpul tanpa pengetahuan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz.

“Mereka akan tubuhkan kerajaan baru bernama Perikatan Nasional.

“Dua calon Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Tun Mahathir tolak kerana untuk dia jadi PM Perikatan Nasional ia akan disokong oleh en-bloc Umno.

“Jika dia ketepikan prinsip dan maruahnya Tun Mahathir sudah jadi PM8 sehingga hari ini,” ujarnya.

Mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Azmin yang bercita-cita besar mahu menjadi PM, Salehudin berkata, hal itu terbukti semasa krisis Menteri Besar Selangor 2014.

“Dia (Azmin) sendiri menghantar namanya sebagai calon MB Selangor melalui pintu belakang.

“Sekali lagi terbukti dia juga menghantar namanya sebagai MB Selangor sejurus PH diisytihar menang di Selangor tanpa berunding dengan komponen PH negeri.

“Sekali lagi melalu pintu belakang Azmin minta Tun Mahathir lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri PH.

“Tun Mahathir tolak kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Wan Azizah,” jelasnya.

Justeru, beliau menganggap Azmin sebagai ahli politik yang penuh dengan nafsu serakah untuk berkuasa.

“Di dalam kerajaan PN sekarang, sudah tentu jawatan Timbalan Presiden akan diberikan kepada Zahid Hamidi,” katanya.

Dalam masa sama, Salehudin berpendapat dakwaan Azmin itu berniat jahat dalam usaha untuk menghalang Muhyiddin melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Dengan keadaan kesihatan Muhyiddin sekarang, sudah tentu cita-citanya untuk jadi PM akan tercapai,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

%d bloggers like this: