ASHRAF MUSLIM MOHON DOAKAN AYAHNYA: “RISAU & TAKUT LIHAT BACAAN OKSIGEN…”

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon dan pengacara Ashraf Muslim telah berkongsi satu berita yang menyedihkan apabila ayahnya telah dimasukkan ke hospital kerana bacaan oksigen yang rendah. Dalam entri tersebut, Ashraf memuat naik sekeping gambar dia berada di sisi ayahnya di hospital.

Image_1.jpg

“Ya Allah.. teruskanlah beri senyuman kepada ayahandaku walaupun diuji dengan dugaan-dugaanmu. Aku rindukan senyumannya setiap hari yang menjadi penenang diriku sewaktu kecil hinggaku dewasa.

“Dengan senyuman itu cukup memberikan kekuatan kepadaku dan adik-adikku. Sebak bila terpaksa meninggalkan beliau di wad tadi. Dapat ku kucup dahinya dan pipinya,” tulis Asraf.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tambah Ashraf, sememangnya menjadi peraturan hosptal ketika ini tidak membenarkan sesiapa untuk menemani pesakit: “Yerlah memang rule di hospital tidak boleh ada peneman di wad. Bila nak balik, ayah sempat memberi senyum disebalik mask oksigen itu.

“Risau dan takut bila melihat bacaan oksigen ayah 80 tadi. Tapi better dari sampai kat emergency tadi iaitu 68. Allahuakbar. Allah berilah kekuatan dan kesebuhan ayahku Hj Muslim. Wahai rakan-rakanku tolong doakan ayahku ya!” tulis Ashraf lagi sambil memberi salam.

Ashraf merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik. Selain dari berlakon, Ashraf turut menjadi pengacara dan menjadi usahawan menternak kambing.

Image_3.jpg

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: