Sarjan polis maut dalam kemalangan

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Seorang sarjan polis daripada Bengkel Komunikasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Alam Damai, di sini, malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa Fariq Raub, 41, beralamat di Taman Cheras Utama, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat pagi esok,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan sedang melakukan urusan peribadi terbabas ke kiri jalan di hadapan Balai Polis Alam Damai sebelum merempuh penghadang jalan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: