Anwar tiba Bukit Aman ikut pintu belakang

Kereta peguam, Ram Karpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Bukit Aman untuk diambil keterangan hari ini berhubung isu dokumen sokongan ahli Parlimen kepadanya bagi membentuk kerajaan baharu hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibupejabat Polis Bukit Aman melalui pintu belakang kira-kira 3 petang tadi.

Kehadirannya bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes penularan dokumen sokongan 121 ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya menubuhkan kerajaan baharu.

Difahamkan, kenderaan beliau memasuki Bukit Aman melalui pintu belakang bagi mengelak ditemui media.

Maklumat itu diberitahu oleh individu yang turut mengikuti Anwar ke Bukit Aman hari ini.

Terdahulu sekitar jam 2 petang, Ahli Parlimen Bukit Gelugor,  Ram Karpal Singh yang juga peguam mewakili Ahli Parlimen Port Dickson itu juga dilihat mememasuki Bukit Aman.

Tindakan Anwar mengecewakan lebih 30 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah berkumpul untuk merakam kehadirannya sejak pukul 1 tengahari tadi di perkarangan pintu masuk utama Bukit Aman.

Diahamkan kes Anwar itu disiasat mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, Anwar sepatutnya hadir ke Bukit Aman pada 12 Oktober lalu namun pertemuan dengan dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman itu ditangguhkan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan terbaharu mengesahkan Anwar telah dipanggil untuk diambil keterangan pada 16 Oktober selepas solat Jumaat.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

%d bloggers like this: